|
|
 |
 |
Thursday, May 04, 2006
Sudah 4 bulan lebih kurang lamanya aku buat kerja utk produk ni. Macam2 rasa ada, bosanlah, geram dan macam2 lagi. Tuhan Maha pemurah, Dan Dia Maha Mengetahui Bisikan Hati Hamba2nya. Akhirnya, aku dapat berjumpa dgn seorang kakak ni dgn membawa maksud dan hajat bahawa dia nak aku dan member aku sorang lagi tu jadi partner dia. Itulah hikmahnya, masa yg aku pertaruhkan semata2 utk buat produk ni. Kalau org tua aku tahu, mesti tak setuju punya dgn apa yg aku lalui ni. Org akan kata, ko ni dah kene tipulah, dipergunakanlah dan macam2 lagi. Aku tahu tu semua, tapi ini je jalan yg aku kene lalu nak sampai ke destinasi tu. Sbb aku ada targetlah aku buat x tahu je benda semua tu. Sepanjang 4 bln ni, macam2 benda aku blajar. Mengenal org, tip2 berbisnes, bagaimana nak grab peluang. Lagi satu, kalau dpt contract order dr mana2 company atau nak berpartner, BEWARE. You MESTI selidik siapa dia, baru ok. JANGAN percaya dgn mulut2 manis, tapi KEBOLEHAN dia mengurus sesuatu benda. Walau dia org yg rapat dgn kita. Dlm DUNIA BISNES, mesti ALERT semua ni. Kata org, mana nak tahu klau sendiri tak rasa. Eksperience org tak sama dgn experience sendiri. Benda2 nilah aku masih pegang sbg panduan esok.
Diikutkan kakak ni dah lama aku jumpa tapi x kenal lagi siapa dia. Then, after i meet her in mosque she started to tell abt her wish want to run her busnes in tuition centre. Actually, she currently started her busnes. At first stage, she was opened the al-Quran and arab language class. Then she want to expand her business. So, she just accepted me as her partnership. Maybe after she knew the storied abt myself.I can't believe it. So miracle. Thanks to God who r opened me the way to enter this field in more. U know, i didn't have any experience in this learning field. But, i as a person who r willing to have my own business one day, just accepted it. This is my opportunity. I won't let it be. Ya. Now, all abt It matter she just gave me. My modal is just my knowledge in It while she in funding. Fuhhh, so thanksful to God.
Aku dah bagitau benda ni kat org yg rapat. Kiranya dia dah jadi macam sendara aku sendiri. Dia org bagi sokongan dan galakan. Family aku, blum lg bincang sbb x balik kg lagi. Lagi 2 hari kang aku balik cite. Macam manalah responses. Kakak aku dah bagitau, tapi x faham. So, she didn't agreed with me. She asked me to refuse it. Same also with my bro in law. But,i just let it be because many people around me gave me the supported. Now, i'm in collecting the related data to make proposal n send it under MECD. After that, i'm also finding any resources that related in Computer classroom. Ok, thats all for today. I'll continue later. I have something to finish first.
Post pada11:19 am oleh KembaraSepi
Permalink
Friday, February 10, 2006
Aku masih kat office. Hari ni, aku x dapat nak cerita bab2 bisnes sbb sibuk sikit. Ni pun sempat nak tulis sbb kawan aku sorang ni tiba2 telepon aku. Entah, aku rasa sayu pulak. Yelah tengah sibuk buat kerja, dia call. Tanya kabar dan bla..bla..tup2 dia tanya bila aku nak kahwin. Alamak, tu soalan 'membunuh'. Aku pun jawab, tak tahu lagi. Tapi aku rasa pelik sikit sbb nadanya agak lain dan semacam jek. Tiba2 je aku rasa, lain je kat diri aku. Yelah, sibuk sgt sampai aku x dapat nak fikir umur aku ni kalau dah lewat. Apa2 pun aku serah pada Tuhan, Yg Maha Pengasih dan Penyayang. Dia yg lebih tahu dari segalanya. Aku nak bersangka baik2 jer. Lagipun skang ni aku minta supaya jalan aku dimudahkan dan lancar. Maklumlah nak jadi usahawan, kene bagi komitmen yg tinggi. Kalau nak cari pun, aku kene pastikan bakal suami aku yg betul2 faham kerjaya aku ni. Kalau x, boleh memusnahkan kerjaya aku atau aku pergi. Aku buat semua ni, bukan sbb aku nak kejar nama, pangkat dan apa2 lagi yg berbau keduniaan tapi sifat natural aku yg suka ke arah begini. Yelah, kalau x de org cam aku, siapa nak tempuh jalan ni. Takde usahawan, x de kejelah jawabnya. Yes, malah aku lagi enjoy macam ni. Xde rasa susah , boring atau apa pun. Dalam masa yg sama juga, aku x nak family aku sibuk sgt kat aku. Yelah sampai nak carikan jodoh buat aku. Ngeri rasanya, nak pengsan pun ada. Kalaulah dia org buat senyap2, boleh huru-hara jadinya. Aku memang x de pilihan mmg cabut jelah kalau ada rombongan datang. Tengah tunggu 'Rijalul Ghaib'. Moga2 tuhan ampunkan dosa aku. LA ILA HA ILLALLAH. ASTAGHFIRULLAH....................
Post pada8:47 pm oleh KembaraSepi
Permalink
Friday, February 03, 2006
Sebelum aku menempuh alam usahawan, jadi aku nak cerita serba sedikit tentang bisnes yg berkaitan dengan internet. Manalah tahu, nanti aku dah sibuk dah x boleh nak tulis blog. Ikutkan dalam kepala ni, nak cerita macam2. Biar semua org dapat manfaatnya. Sekarang ni aku tengah belajar pasaran dalam internet / Internet Marketing. Kalau sesiapa yg dah tahu, bagus. Anda boleh memulai menambah pendapatan melaluinya.
Tapi hari ni aku nak sentuh pasal AUTOSURF. Maybe korang yang ada ni, pernah dengar. Benda alah ni pun seperti ala-ala PELABURAN / INVESTMENT sebenarnya, untuk jangka masa panjang / jangka pendek (terserah). Cuma tak ramai yang tahu terutamanya di malaysia. Tapi di Us benda alah ni dah berkembang dan semakin bertambahlah jenis2 autosurf yg ada. Sampai ada yg x payah bekerja semata2 just join program ni je. Tapi dgn syarat mesti tahu strateginya dan focus betul. Ada juga yg join nak tambah pendapatan dan ada juga yg saja2 nak test autosurf ni. Sekarang ni, kiranya aku baru belajar nak faham bagaimana benda ni berfungsi sampai ramai orang yang tertarik dengan program yg nampak macam simple je. Apa special point yg ada dlm program autosurf ni. Ha, jgn tak sangka.
Dlm internet banyak benda yg kita boleh manfaatkan utk tambah pendapatan. Yes, contohnya seperti si Irfan, jutawan Internet di Malaysia. Ini adalah antara bisnesnya, JUAL MAP MALAYSIA. Korang yg lain pun boleh jadi seperti dia asal tahu caranya. Aku boleh ceritakan serba sedikit benda ni tapi untuk hari ni cerita pasal autosurf ekk. Usahawan2 di luar sana pun boleh menggunakan internet sebagai salah satu cara untuk mengembangkan bisnes mereka. Lagipun sekarang ni trend E-COMMERCE sebagai medan berniaga di seluruh dunia. Aku jangkakan memang mendapat sambutan yg hangat, tapi untuk permulaan memang kene bersabar sebab anda baru nak mula tapi kalau ada mentor lagi cepat. Hasilnya jangan cakaplah, memang berbaloi dan macam x caya je.
Di bawah ni aku bagi sedikit panduan dan tip bagaimana nak daftar autosurf :-
1) kene baca dulu termnya / syarat2 mengikut jenis autosurf
emo dan lain-lain lagi. Bergantung jenis autosurf yg kita masuk.
Antara autosurf yg aku masuk :-
Cubalah kalau nak tahu hasilnya. Nak test saja pun boleh dan buat part-time ke dan juga sebagai full time.
Post pada11:34 am oleh KembaraSepi
Permalink
Wednesday, February 01, 2006
Malam ni, aku tidur kat ofis. Sibuk cari bahan untuk master projek dan bisnes proposal. First time tidur kat ofis. Nak tak nak kene jugak tidur. Banyak benda nak cari then kalau duduk rumah takde benda nak buat, boring. Bulan 3 ni nak kene interview ngan MARA. Tak tahu lagi apa tajuk nak buat. Dalam kepala nak buat smart card for inventory atau jejak lokasi based on no handphone. Nak cari lain jugak takut2 tajuk tadi kene reject. Sakit kepala. Sambil2 tu cari jugak bahan untuk produk yg aku tengah buat. Mlm ni agak boring sikit sebab takde benda nak cerita pasal sibuk cari bahankan. Ohhh, berseleraknya meja aku ni. Aik, tak sedar dah pukul 11pm pun.
Post pada8:15 pm oleh KembaraSepi
Permalink
Tuesday, December 13, 2005
Alhamdulillah, study pun dah habis. Tinggal focus kepada
career aku je. Aku lebih berminat untuk menjadi usahawan. Jadi, banyak
benda aku kene belajar terutama dalam dunia bisness. Maka sudah tentu
aku kene study betul2 ilmu bisness tu sendiri. Kalau kita ada expert
technical sekalipun x menjamin kejayaan kita dlm bisness, pasal
knowledge bisness x de. Itu cendekiawan bisness yg cakap dan juga
ambik contoh dari pengalaman usahawan2 yg ada. So, itulah antara faktor
utama kenapa usahawan melayu banyak x berjaya. Sebab x de bisness plan.
Jadi, skang ni tengah survey skit pasal bisness plan. Mudah2 han,
dapatlah kiranya bertambah knowledge about bisness.
Sambil2 ni, aku buatlah sikit bisness kecil2-lan
dulu. Yes, sebagai testing dan juga timba experience dlm bisness
sementara tunggu program SKIT-MARA. Masa nak mula ni, ye memang diakui
banyak benda kita kene korbankan. Terutama modal DIRI. Selain itu, kene
tabah. Berani ambik risiko. Maksudnya di sini, usaha kita. Di mana ada
usaha, di situ ada jalan. Ye seperti kata-kata ini," kalau kita
berusaha dan tuhan menginginkan semua bisa saja terjadi". Kata2 ni
jugalah menjadi penaik semangat aku.
Mood hari ni agak oklah sebab dah tahu
keputusAN Psm. Macam aku x sangka jek. Tapi, amat berbaloilah
dengan apa yg aku dah buat. Alhamdulillah. Syukur kepada tuhan. Projek
aku dapat 'A'. Siap lecturer buat grant tajuk psm aku. Hmmm,
terserahlah tu semua. Yang penting sekarang ni, aku nak focus terus
kepada cita2 aku----> USAHAWAN. Lagipun aku dah minta restu dari org
tua aku. So far, respond sgt memberangsangkan. Jadi pandang ke depan
teruslah. Pasal program SKIT-MARA tu, x sempat nak story more maybee
next time. Sesiapa yg di luar sana yg membaca blog ni, doakanlah
aku. Doa kalian amat berharga. Atau nak bagi comment pun boleh. Sangat2
di alu-alukan. Oklah, nak sambung cari bahan untuk develop projek BISUNESS PLAN.
Post pada3:12 pm oleh KembaraSepi
Permalink
Thursday, November 17, 2005
Alhamdulillah, sekarang rasanya lega sebab sudah menamatkan degree. Tinggal nak hantar the final tesis je. So far, ok. Hmmm, nak kene jumpa semua lecturer yg kenal ni. Janggal rasanya. Nak bagi kuih, kuih pun dah habis. Nak kasi hadiah, duit org pinjam. Kene tunggu akhir bulan ni. Hmmmm, sengkek tullah. Nak minta org tua, dah tua bangka.
Target lepas habis blaja ni, nak keje sementara je sampai bulan 6-7. Dalam tempoh ni, bolehlah kumpul duit sikit nak sambung master. Tengoklah keadaan camne. Kalau ok spt yg dijangka dan memang rezeki ada sambung je master tu terus. Yang sebenarnya, bukan master tu yg kita pandang tapi dia punye program tu agak lain dr yg lain. Nak diikutkan malas nak sambung master melainkan kalau profession kita as a academic staff. Dia punye program masih baru dan ramai yg tak tahu lagi. Sambil blaja sambil bekerja sendiri. Program under MARA+UTM. Kalau sesiapa nak buat bisness sendiri dlm ict world, bolehlah ambik course ni. Syarat, ada degree in sc.Comp. Tapi kene interview nak masuk ni. Janji ada soul nak have own bisness, oklah tu. klau pass, maknanya segala fees blaja disupport by MARA dan kita kene daftar niaga terus. Akupun belum jumpa lagi yg org yg incharge benda ni. So, x tahu sgt. Maybe after jumpa this person, i'll story more.
Post pada10:08 am oleh KembaraSepi
Permalink
Friday, October 21, 2005
Hari ini aku rasa agak senang sikit dan tenang. Ini kerana 2 hari sebelum ni sudah selamat bentang tesis. Al Maklumlah, masa bentang tesis ni rasa seluruh urat saraf rasa macam nak terputus sebab penilai macam2 jenis orgnya. Dan kita sebagai pembentang selalunya mesti expect yg sebaliknya pd penilai. Itu yg jadi macam2lah. Keputusannya, sistem yg aku bentang ok cume report nak kene betulkan sikit.
Nak jadi cerite, ada 1 penilai aku ni macam x puas hati kat aku. Nasib baik dia x tahu sgt pasal sistem dan contoh masukkan input sistem. Itu yg main focus sebenarnya. Jadi, dia tanya coding aku. Al Maklumlah aku buat enjin sistem. Aku buat guna vb6.0. Memang sistem aku tu fully coding. Kalau x de coding, x jalan main function. Tapi sib baik ok. Dia memang nak tengok betul2 coding ni. Jadi, dia tanya segala proses yg berlaku. Aku pun tunjukkan dgn tenang sebab memang aku yg buat sendiri. Itu x jadi masalahlah. Penilai utama aku Dr. Dia nilai ok. Tanya soalan pun memang relevan ngan sistem yg aku buat. Takde soalan melencong2. Tapi yg satu ni dah soal aku macam2 pun masih rasa ragu yg aku buat coding sorang2. Rasa nak menggelegak je aku dibuatnya. Tapi aku boleh control lagi, cool cool. Kawan aku kat belakang (cah-ayu) dah angkat tangan nak backing aku. Pasal dia je yg nampak aku camne disepanjang sistem ni dibangunkan. Sedap2 je dia cakap camtu. Memang betullah, sib baik aku puasa. Dr pulak yg backing aku. Sejuk sikit. Walau macam manapun sistem aku ok. Aku ingat nak teruskan buat sistem ni. Aku buat sistem 'Enjin Ejaan Jawi Baru Berdasarkan kata dasar bm'. Sesiapa di luar sana nak bagi comment atau nak join, marilah. Sangat di alu-alukan.
Tengah cari bahan untuk sistem ni, aku terjumpa laman web mengenai bahasa Jawa. Ada tulisan jugak bahasa Jawa ni. Dah daftar bawah UNICODE CONSORTIUM tu. Standard sikit. Tulisan Jawi?(old malay script) memang x de. Itu yg font jawi tak standard lagi. Masih lintang-pukang. Tulisan JAWA ye, sudah standard. Bolehlah sesiapa ke link ni utk makluman lanjut---> Bahasa Jawa.
Post pada12:43 pm oleh KembaraSepi
Permalink
Tuesday, October 18, 2005
Besok adalah hari aku nak bentang tesis. Rasa berdebar pun ada. Tapi masih lagi cool. Aku dah mintak restu dari org tua, kawan2 n x lupa dr aku. Walau macam manapun aku dah prepare sebaik yg mungkin. Sistem pun dah siap. Tinggal komen penilai jek. Ni yg mendebarkan. Hari ni ok lagi, esok dah nak dekat x tahulah ke dah tunggang terbalik. Selisih. Apa2 pun aku serahkan kepada yg Kuasa. Yelah, buat dah separuh nak gila. Duduk terperap je kat rumah macam ayam panggang. Jiran2 pun pelik, apsal x kuar2. Aku pun jawab, biasalah puasa programming. Setakat ni boleh handle lagi sebab dapat penilai yg oklah aku harap2. Alhamdulillah. Kalau dapat yg killer, memang killer. Rasa dunia ni nak kiamat. Member aku sorang ade yg drop pasal dapat penilai yg killer. Ya Allah, dah tunda 1 sem. Rugi je. Aku harap semuanya berjalan dengan lancar masa present nanti. Amin.
Post pada5:46 pm oleh KembaraSepi
Permalink
Wednesday, August 17, 2005
Peningnya................
Dah lama rasanya x tulis ke blog. Almaklumlah sibuk sikit. Ingatkan pagi tadi nak tulis, la sampai tengah hari ni baru boleh. Sibuk sgt nak cari itulah inilah. Kepala pun dah naik pening. Badan pun dah naik lenguh2. Mana taknye aku x jaga sgt badannni. Asal ade mood baik, aku sibuk buat keje aku sampai x hirau badan sendiri. Adoi, sapalah boleh urut badan ni. Nak rasa pitam dibuatnye. Peningla. Dahla, setakat di sini dulu.
Post pada1:09 pm oleh KembaraSepi
Permalink
Monday, May 09, 2005
Nampaknya dah lama jugak aku x masuk sini. Maklumlah dah lama berenggang dgn pakwe aku, siapa lagi kalau x dgn internet ni. Hari ni dan start seterusnya ada chancelah aku masuk tenet hari2 sebab aku dah dapat lab aku sendiri nak develop project. Senang sikit keje aku. Kalau x, habislah keje aku kang tergendala. kalau dok umah pun ade pc tapi kang keje lain plak aku buat, makan+tidur. Macam2 plak. Performance, skill n everithing abot comp life aku decrease plak. Ishhkk x leh jadi ni.
Post pada2:18 pm oleh KembaraSepi
Permalink
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|